Sejarah Krash Kozz

Krash Kozz ditubuhkan pada 1989 dan dianggotai oleh Fawzi Kamaruddin, Albert Chong dan DJ Najee Abdullah. Ahli lain juga termasuk Jakeman, Joe Siva, Gabriel, Suresh dan Noramin. Mereka melancarkan album pertama bertajuk New Jack The Street Beat pada April 1993 yang memperkenalkan irama New Jack Swing kepada pendengar Malaysia buat pertama kali.[6] "Give It All You’ve Got", "Berhati-Hati Di Jalanraya" dan "Pada Kasih Cinta Berbunga" dikeluarkan sebagai single. Kumpulan ini juga dikenali kerana merakamkan semula lagu berhantu 4U2C iaitu "Fiona" dalam bahasa Inggeris sebagai tanda penghargaan kepada kumpulan itu.[7]

Krash Kozz mula meraih kejayaan selepas pelancaran New Jack The Street Beat, mereka telah diundang mengadakan persembahan First Asian Dance Music Convention di Manila, Filipina bersama Lisa Stansfield, Black Machine dan Apache Indian pada Jun 1993. Mereka kemudian mengadakan persembahan di World DJ Mixing Finals yang diadakan di Ministry of Sound di London pada Januari 1994. Ini merupakan persembahan terakhir mereka, Krash Kozz dibubarkan sebaik sahaja mereka pulang ke Malaysia.[5] Sejak dibubarkan, kesemua ahli Krash Kozz terikat dengan komitmen masing-masing.[5] Joe Siva meninggal dunia pada 26 April 2016 pada usia 61 tahun,[3] diikuti oleh Najee pada 13 April 2017 pada usia 50 tahun.[2]